My Add

Tuesday 8 May 2012

Azmin tidak sahut nasihat Wan Azizah

KUALA LUMPUR, ISNIN, 07 Mei, 2012: Nasihat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail agar Azmin Ali pulang melawat ibunya yang uzur, Che Tom Yahaya bukan sahaja tidak disambut sebaliknya, Timbalan Presiden PKR itu dilihat berterusan bermain politik.

Azmin dalam reaksinya ketika ditanya rakan-rakan Twitter berhubung nasihat itu berkata, penjelasan terhadap kenyataan Dr. Wan Azizah itu perlu dibuat dengan cermat kerana bimbang beliau akan terdedah kepada persepsi yang kurang baik.

Semalam, Dr. Wan Azizah ketika ditanya mengenai luahan hati Che Tom yang kecewa dengan sikap Azmin kerana tidak menjenguknya sejak Syawal tahun lalu berkata, sebagai anak, Ahli Parlimen Gombak itu perlu menziarahi ibunya kerana ia adalah satu tanggungjawab. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment