KUALA LUMPUR, ISNIN, 07 Mei, 2012: Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar bukan sahaja tidak dapat menerima keputusan pengharaman demonstrasi jalanan yang boleh menjejaskan negara tetapi juga memperlekehkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia itu semalam.
Menurutnya, fatwa itu sepatutnya dikhususkan kepada pihak polis sahaja, bukannya para peserta perhimpunan Bersih 3.0.
"Pihak polis yang menjadi penyebab kepada tercetusnya kekacauan pada perhimpunan di Dataran Merdeka 28 April lalu sehingga keadaan menjadi kecoh dan tidak terkawal,"katanya di sini hari ini.
Dakwanya, peserta Bersih 3.0 yang hadir pada perhimpunan itu langsung tidak berniat untuk menimbulkan kekecohan sebaliknya kedatangan mereka semata-mata menuntut satu sistem pilihan raya yang adil dan bersih secara aman. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment