My Add

Tuesday 8 May 2012

Che Tom tidak dipengaruhi mana-mana pihak

KUALA LUMPUR, ISNIN, 07 Mei, 2012: Tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menuduh UMNO sebagai dalang di sebalik luahan hati ibunya, Che Tom Yahaya, 78, agar anaknya itu bertaubat sebelum beliau menutup mata disifatkan sebagai 'cukup melampau'.

Adiknya, Ummi Hafilda Ali berkata, Che Tom tidak pernah dipengaruhi mana-mana pihak, sebaliknya luahan berkenaan dibuat kerana ibunya terlalu rindu dan sayang kepada Azmin yang telah 11 bulan tidak menjenguk beliau walaupun tinggal berdekatan.

Menurutnya, kenyataan Azmin bukan sahaja derhaka tetapi biadab kerana ia memberi gambaran kepada masyarakat, kononnya ibu mereka yang kini uzur itu sanggup menerima bayaran daripada pihak tertentu bagi memburuk-burukkan anak sendiri.

"Insaflah Azmin. Ibu tua inilah yang bersusah-payah mengandungkan kau selama sembilan bulan 10 hari. Ibu tua inilah yang menjaga kau dari umur sehari sehingga berjaya tetapi hari ini kau sanggup tuduh ibu tua yang uzur ini diperalat UMNO?", jar Ummi Hafilda. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment