My Add

Tuesday 8 May 2012

Bersih 3.0: DBKL tanggung kerugian RM300,000

KUALA LUMPUR, ISNIN, 07 Mei, 2012: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengalami kerugian sebanyak RM300,000 akibat perhimpunan haram Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, kerugian ini meliputi kerosakan harta awam, landskap dan kos yang ditanggung bagi kerja-kerja pembersihan sampah yang dibuang semasa perhimpunan.

Katanya, pihak DBKL dan Alam Flora Sdn Bhd terpaksa membersihkan sebanyak lapan tan sampah di jalanan yang dibuang oleh peserta perhimpunan haram itu di sekitar ibu kota.

"Kata bersih tetapi sebenarnya kotor dengan sampah-sampah yang dibuang merata tempat.

"Di tempat lain juga ada pihak membuat perhimpunan tetapi mereka tidak membuat kotor begini.

"Kehadiran mereka turut memberi kesan kepada peniaga dan pemandu teksi di ibu kota. Sumber pendapatan golongan ini adalah berdasarkan kerja harian," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment