My Add

Wednesday 9 May 2012

Bersih 3.0: Lima lagi individu ditahan bantu siasatan

KUALA LUMPUR, SELASA, 08 Mei, 2012: Polis menahan lima lagi individu termasuk Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka, Farhan Ibrahim untuk membantu siasatan berhubung rusuhan yang berlaku ketika perhimpunan Bersih 3.0, baru-baru ini.

Penahanan itu menjadikan jumlah yang ditahan ialah seramai sembilan orang setakat ini, namun hanya dua masih dalam tahanan sementara tujuh lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

Farhan, 29, ditahan di rumahnya di Taman Cheng Ho Garden, Melaka, pukul 3 pagi ini.

Selain Farhan, Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, K. Suppiah, 49, yang ditahan bersama rakannya, S. Ferences Xavear, 44, ketika kedua-duanya hadir menyerah diri di Balai Polis Kuala Kubu Baru, Selangor, pada pukul 12.30 tengah hari.

Turut ditahan seorang ahli Unit Amal Pas Negeri Sembilan yang diberkas di sekitar Port Dickson, dipercayai awal pagi ini manakala seorang lagi ketika hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment