My Add

Tuesday 15 May 2012

Perangi sindiket pemerdagangan manusia

PUTRAJAYA, ISNIN,14 Mei, 201: Malaysia dan Bangladesh akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) tidak lama lagi bagi menggempur sindiket pemerdagangan manusia melibatkan kedua-kedua negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pemerdagangan manusia kini menjadi fenomena antarabangsa dan kerajaan berusaha keras membanteras jenayah tersebut termasuk menerusi jalinan kerjasama dengan negara-negara luar.

Katanya, masyarakat juga diingatkan supaya terus peka dan bekerjasama membantu kerajaan serta agensi penguatkuasaan menangani jenayah tersebut yang dilihat semakin serius akhir-akhir ini.

"MoU yang akan ditandatangani itu dilihat satu langkah yang perlu diambil kerana jika pemerdagangan manusia tidak dibendung secara holistik akan menyebabkan mangsa dieksploitasi oleh sindiket-sindiket tertentu semata-mata untuk mendapatkan keuntungan," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment