My Add

Tuesday 29 May 2012

Caj 1% PTPTN sangat rendah

*MOHAMED Khaled Nordin (dua dari kanan) melawat pameran yang diadakan selepas melancarkan Pusat Kecemerlangan Industri Pemborongan dan Peruncitan (ICoE) di Kolej Universiti SEGi, Kota Damansara, semalam.

Oleh MARZITA ABDULLAH
KUALA LUMPUR, ISNIN, 28 Mei, 2012: Caj perkhidmatan sebanyak satu peratus yang dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah sangat rendah.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia berdasarkan situasi sektor pengajian tinggi di negara ini yang telah menerima subsidi yang tinggi daripada kerajaan.

Menurut beliau, yuran institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini telah diberi subsidi sehingga 95 peratus selain kerajaan turut memberi pinjaman sara hidup untuk pelajar.

"Jika kita bandingkan, negara lain tidak menyediakan pinjaman sara hidup, sebaliknya mereka terpaksa meminjam daripada pihak bank dan sebenarnya kerajaan kita tidak perlu menyediakan pinjaman itu," katanya.

Beliau mengulas pemansuhan satu peratus caj perkhidmatan PTPTN yang dicadangkan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam program debat dengan Pengarah Strategik, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli baru-baru ini.

Namun menurut Mohamed Khaled, mana-mana pihak boleh menghantar sebarang cadangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pemansuhan itu.

"Terpulang kepada Perdana Menteri tetapi sehingga hari ini perkara itu tidak dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet,'' katanya.

Terdahulu, Mohamed Khaled melancarkan Pusat Kecemerlangan Industri Pemborongan dan Peruncitan (ICoE) di Kolej Universiti SEGi di sini hari ini.

Beliau menegaskan, berikutan tiada pinjaman sara hidup terutama di negara membangun, pelajar dari negara lain tidak berpeluang untuk melanjutkan pengajian di negara terlibat.

Mohamed Khaled turut menjelaskan, adalah tidak tepat untuk membuat perbandingan situasi pengajian tinggi antara Malaysia dan Finland kerana asasnya amat berbeza. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment