*PARA peserta DRB-Hicom Kembara Bumi Suci 2012 berhenti rehat ketika dalam perjalanan menuju ke Astrakhan selepas meninggalkan Volgograd, semalam.
KUALA LUMPUR, ISNIN, 28 Mei, 2012: Selepas 37 hari menempuh perjalanan yang mencabar, para peserta DRB-Hicom Kembara Bumi Suci 2012 (KBS2) kini tiba di Astrakhan, Rusia selepas meninggalkan Volgograd.
Ketua Ekspedisi KBS2, Azman Baharuddin berkata, para peserta tiba di Astrakhan setelah menunggang sejauh 450 kilometer.
''Astrakhan terletak di Delta Volga yang kaya dengan ikan Sturgeon dan tumbuhan eksotik.
''Kawasan subur itu dulunya merupakan ibu negara Khazaria dan Astrakhan sendiri telah disebut oleh pengembara awal abad ke-13 sebagai Xacitarxan," katanya dalam entri terbaru di laman web www.israqadventure.com. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment