My Add

Tuesday 15 May 2012

Cari mekanisme terbaik kurangkan kadar tol

KUALA LUMPUR, ISNIN, 14 Mei, 2012: Kerajaan sedang mengenal pasti mekanisme terbaik bagi mengurangkan kadar tol di seluruh negara dalam membantu mengurangkan beban yang dihadapi pengguna di negara ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor (gambar) berkata, biarpun kenaikan tol dibekukan dalam tempoh lima tahun akan datang melalui penstrukturan PLUS Expressways Bhd. (PLUS) namun kerajaan tidak berhenti berusaha mengenal pasti kaedah terbaik mengurangkan kadar tol sedia ada.

Melalui penstrukturan PLUS, kata beliau, ia memberi ruang kepada kementerian dan syarikat konsesi yang baru iaitu UEM Group (UEM) dan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) berbincang bagi mengenal pasti cara mengurangkan kadar atau memansuhkan tol.

"Kementerian dan syarikat konsesi lebuh raya terlibat akan mengkaji dan membincangkan permintaan rakyat yang mahu kadar tol dikurangkan atau menutup mana-mana plaza tol yang dirasakan tidak sesuai,: katanya.  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment