My Add

Tuesday 8 May 2012

Penipuan pembangkang didedah 10 Mei ini

Oleh ZULKIFLI JALIL
KUALA LUMPUR, ISNIN, 07 Mei, 2012: Pembohongan pembangkang mengenai kewujudan enam hingga tujuh kotak yang kononnya mengandungi fail-fail rasuah membabitkan beberapa pemimpin kerajaan semasa kempen Pilihan Raya Umum 1999 akan didedahkan pada ceramah Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) pada 10 Mei ini.

Pesuruhjaya TIBAI Selangor/Wilayah Persekutuan, Wan Indra Putra Ahmad berkata, perkara itu adalah antara isu yang akan dibangkitkan oleh 18 penceramah yang merupakan bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada ceramah bertemakan Sumpah Keramat TIBAI 2012 di kawasan lapang, Jalan Utama, Pinggiran Batu Caves, Gombak.

Katanya, selain beliau, ceramah yang bermula pada pukul 8.30 malam Khamis ini akan turut melibatkan Senator Ezam Mohd. Nor; Mursyidul Am TIBAI, Zahid Md. Arip; Senator Datuk S. Nallakaruppan, Hamidzun Khairuddin, Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim dan Anuar Shaari. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment