My Add

Tuesday 15 May 2012

Dakwaan skandal seks: Khalid Ibrahim perlu tampil beri kenyataan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 14 Mei, 20122: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tampil menyatakan pendiriannya berhubung dakwaan skandal seks Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.

Ketua Penerangannya, Ruslan Kasim berkata, tindakan Abdul Khalid yang terus membisu menjadi persoalan sama ada beliau mengamalkan pilih kasih terhadap kes yang melibatkan pemimpin PKR .

"Adakah 'status pemimpin' dalam PKR akan diberi imuniti apabila terlibat dalam sebarang skandal seks dan salah laku? Adakah Azmin juga akan diberi imuniti yang sama seperti Anwar dan Elizabeth Wong yang sebelum ini turut terlibat dengan isu skandal seks?.

"Sebagai seorang pemimpin, Abdul Khalid sepatutnya membuat kenyataan mengenai tindakan disiplin terhadap ahli Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang terlibat dalam skandal yang boleh mempertikaikan kewibawaannya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment