My Add

Tuesday 15 May 2012

Kekalahan teruk Pas akan berulang

KUALA LUMPUR, ISNIN, 14 Mei, 2012: Kekalahan teruk Pas dalam pilihan raya umum 2004 bakal berulang kembali sekiranya isu perbezaan ideologi antara parti itu dengan DAP gagal diselesaikan segera.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, perbezaan itu juga semakin jelas sejak kebelakangan ini sehinggakan Pas dilihat cuba kembali membangkitkan isu hudud kerana parti itu kini mengalami kemerosotan sokongan daripada orang Melayu.

‘‘Identiti Pas mula terhakis sejak mereka memperjuangkan agenda Negara Kebajikan berbanding Negara Islam seperti yang pernah dilaungkan oleh mereka satu ketika dahulu.

‘‘Apabila sokongan kepada mereka semakin merosot, mereka terpaksa menggunakan isu hudud sebagai satu cara untuk menarik sokongan orang Melayu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment