My Add

Monday 7 May 2012

Geng Tikus tumpas, lima ahli termasuk wanita diberkas

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
JOHOR BAHRU, ISNIN, 07 Mei, 201: Polis berjaya menumpaskan sindiket samun, pecah rumah dan curi kenderaan yang dikenali sebagai `Geng Tikus’ selepas lima ahlinya termasuk seorang wanita diberkas di Taman Sentosa di sini pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, dalam kejadian pukul 4.45 petang, polis memberkas dua lelaki tempatan yang dipercayai baru melakukan samun di sebuah rumah di Jalan Kasa, Taman Sentosa.

Susulan tangkapan itu, beliau berkata, polis menahan dua lelaki serta seorang wanita yang dipercayai ahli kumpulan penjenayah tersebut.

“Kumpulan ini dipercayai bergiat aktif sejak awal tahun lalu dengan menggunakan taktik bergerak secara berkumpulan semasa melakukan samun, pecah rumah dan kemudian melarikan kenderaan milik mangsa.

“Kita berjaya menemui semula barangan yang dipercayai hasil samun termasuk empat kereta iaitu Proton Satria yang dilaporkan hilang di Senai, Peugeot yang hilang di Kangkar Pulai, Honda Civic dan Citroen serta beberapa barangan lain yang dianggarkan bernilai RM350,000," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment