KUCHING, ISNIN, 07 Mei, 2012: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar kesal dengan pihak tertentu yang menyebarkan khabar angin bahawa beliau sedang mengalami masalah kesihatan termasuk menjalani pembedahan pintasan jantung.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, dakwaan tersebut tidak benar kerana kesihatannya berada pada tahap terbaik dan masih mampu berkhidmat untuk rakyat di kawasannya.
“Semasa berada di lapangan terbang semalam, seorang pegawai kanan kerajaan bertanya bagaimana kesihatan saya setelah menjalani pembedahan pintasan jantung.
“Saya hairan dari mana dia mendapat cerita tersebut, malah saya rasa hendak membuka baju untuk menunjukkan ada atau tidak kesan pembedahan di badan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Jom Minum Pagi Bersama Pemimpin di sini, semalam. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment