My Add

Tuesday 1 May 2012

Jangan anggap diri "calon boleh menang"

 Datuk Abdul Ghapur Salleh
TAWAU, SELASA, 01 Mei, 2012: Individu yang berhasrat menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 akan datang dinasihatkan supaya tidak menganggap diri mereka sebagai "calon boleh menang" dan berani menaburkan pelbagai janji bagi mengelirukan anggota parti dan masyarakat.

Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh ketika memberikan ingatan itu berkata hanya pucuk pimpinan BN yang boleh menentukan seseorang itu "calon boleh menang".

"Istilah itu bukanlah ditentukan oleh diri sendiri. Di peringkat Umno Bahagian Kalabakan pula, saya sebagai Ketua Bahagian yang melihat siapakah orang-orang yang boleh dianggap sebagai ‘calon boleh menang’ berdasarkan kesungguhannya berkhidmat kepada masyarakat.

"Kita mahu melihat Barisan Nasional mencapai kemenangan besar pada PRU-13. Itulah sebabnya kita mahu calon- calon yang dipilih nanti adalah mereka yang boleh bekerja dan bukan hanya muncul ketika tiba musim pilihan raya," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mengenai kerusi Dewan Undangan kawasan Merotai, beliau berkata pihaknya akan akur dengan apa juga keputusan pucuk pimpinan parti berhubung calon yang bakal diletakkan di kerusi tersebut.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment