My Add

Tuesday 1 May 2012

Dua lagi lokasi jadi persinggahan misi bantuan ke Bangkok

Oleh Fairuz Zaidan

BANGKOK, SELASA, 01 Mei, 2012: Hari ini dua lagi lokasi di daerah Pathum Thani akan dikunjungi peserta sukarelawan sempena Misi Bantuan Kemanusiaan ke Bangkok.

Ketua Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Bangkok, Wan Abdillah Wan Nawi, berkata program hari keempat menyaksikan dua lagi kawasan di daerah Pathum Thani menjadi menjadi destinasi untuk program sumbangan barangan keperluan harian dan aktiviti membersihkan kawasan sekitar.

Beliau berkata, dua lokasi yang dipilih ialah masjid di Lam Sanam, Klong Song dan di Khlong Nueng, masing-masing di daerah Pathum Thani yang sejauh 57 kilometer dari bandar raya Bangkok.

Misi yang mengambil masa enam hari lima malam itu bermula pagi Sabtu lalu turut mendapat sumbangan antaranya dari PROTON, Felda Global Ventures Holdings Berhad, Adabi, Public Gold Marketing Sdn Bhd, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Plus (M) Berhad, Nikon (Malaysia) Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). - BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment