My Add

Friday 4 May 2012

‘Jangan sekadar buat penafian, salahkan pihak lain’

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 03 Mei, 2012: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali didesak membuktikan dirinya tidak terlibat dengan skandal berikutan penyebaran beberapa gambar yang mengaitkannya dengan aksi panas bersama seorang wanita seperti didedahkan di beberapa blog baru-baru ini.

Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Zamil Ibrahim berkata, Azmin tidak seharusnya sekadar membuat penafian sebaliknya perlu tampil dengan bukti bahawa lelaki di dalam gambar tersebut bukan dirinya.

“Dia sepatutnya terus buat laporan polis. Penafian yang dibuatnya itu sebenarnya setaraf dengan budak sekolah rendah sahaja," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zamil berkata, KITA sememangnya hairan dengan sikap pemimpin pembangkang seperti Azmin dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selalu menafikan apabila timbul isu atau skandal melibatkan diri mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment