My Add

Friday 4 May 2012

Ramai ahli PKR mula hilang kepercayaan - Mohd. Isa

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 03 Mei, 2012: Semakin ramai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini mula mempersoalkan mengapa Timbalan Presiden mereka, Azmin Ali enggan tampil membersihkan namanya daripada dakwaan melibatkan dirinya dan keluarga.

Ia termasuk dakwaan mengenai hubungan sulit isterinya, Shamsidar Taharin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan yang terbaru pendedahan gambar aksi panas mengaitkan Azmin dengan seorang wanita oleh beberapa blog kelmarin.

Bekas Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi berkata, ahli parti itu kini telah mula hilang kepercayaan terhadap Azmin apabila beliau dilihat banyak berdolak-dalih daripada membuat penjelasan berhubung kontroversi yang melandanya itu.

“Walaupun ahli masih percaya dengan perjuangan parti tetapi apabila pemimpin sendiri yang membuat rosak, maka ahli sudah pasti akan hilang kepercayaan terhadap kewibawaan pemimpin mereka," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment