My Add

Tuesday 8 May 2012

Jimmy dakwa isteri ugut gugur kandungan

SHAH ALAM, isnin, 07 Mei, 2012: Pelakon dan pengacara Jimmy Shanley hari ini mendakwa bahawa isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengugut untuk menggugurkan kandungan jika bayi itu adalah anaknya melalui satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar pada 24 Januari 2011.

Beliau yang memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah di sini bagi permohonan nusyuz terhadap isterinya juga mendakwa Nursuhaila turut mengaku bahawa anak yang dikandung adalah anak haram, bukan anak suaminya.

Menurut Jimmy, Nursuhaila membalas sedemikian selepas beliau menghantar SMS menegur perbuatan isterinya yang masih berjudi walaupun sedang hamil selain pernah berjanji meninggalkan tabiat buruk itu apabila berkahwin.

''Pada 24 Januari 2011, selepas saya tangkap dia berjudi waktu pagi, defendan pada sebelah petang ugut nak gugurkan kandungan. Dia juga kata anak dalam kandungan bukan anak saya tapi anak haram,'' kata Jimmy semasa disoal oleh peguam syarie yang mewakilinya, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment