My Add

Tuesday 8 May 2012

Tidak mengaku sebabkan kecederaan

NIBONG TEBAL, ISNIN, 07 Mei, 2012: Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jawi di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki dalam satu kejadian di Kampung Changkat pada Mac lalu.

Ng Chai Seng, 41, Eyo Chi Woei, 30, Low Chee Seng, 43, dan Gooi Chin Hock, 45, bersama tiga lagi yang masih bebas didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Tan Lee Seng, 43, di kawasan tanah lapang di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Changkat, Kampung Changkat, dekat sini, kira-kira pukul 12 tengah malam, 19 Mac lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 149 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Khairul Fairuz Rahman menawarkan jaminan RM6,000 bagi setiap tertuduh manakala peguam, V. Parthipan yang mewakili kesemua tertuduh memohon jumlah yang lebih rendah atas alasan anak-anak guamnya bekerja dengan pendapatan kecil iaitu sekitar RM1,200 sebulan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment