My Add

Friday 18 May 2012

Jualan kenderaan bermotor susut kepada 47,736 unit

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 18 Mei, 2012: Jualan kenderaan bermotor bulan lalu menyusut kepada 47,736 unit daripada 50,936 pada bulan yang sama tahun lalu, kata Persatuan Automobil Malaysia (MAA) hari ini. 

Segmen kenderaan penumpang mencatatkkan 41,436 unit berbanding 45,335 unit pada bulan yang sama tahun lalu, sementara jualan kenderaan komersil meningkat kepada 6,300 unit daripada 5,601.

MAA berkata, jualan April merosot 5,847 unit atau 10.9 peratus berbanding 53,583 unit yang dijual pada Mac.

"Kesegeraan untuk penghantaran dan pengeluaran invois oleh syarikat dengan tahun berakhir 31 Mac meningkatkan jualan Mac," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

MAA berkata, sungguhpun sentimen pengguna kekal stabil, pengetatan kelulusan pinjaman sewa beli melengahkan proses jualan dan menyebabkan kelewatan pada pendaftaran kenderaan baru. 

Pada empat bulan pertama tahun ini, 186,280 kenderaan dijual, merosot daripada 209,368 yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lalu. 

Pengeluaran kenderaan pada Mac meningkat kepada 44,828 unit daripada 37,353 pada bulan yang sama tahun lalu.

Pengeluaran kereta penumpang meningkat kepada 39,634 unit daripada 34,132 pada April tahun lalu, kereta komersil meningkat kepada 5,194 unit daripada 3,221 pada April 2011. 

MAA menjangka jualan kereta untuk meningkat tahun ini berikutan pengenalan model-model baru. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment