KUALA LUMPUR, JUMAAT, 18 Mei, 2012: Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen akan mengetuai delegasi 25 anggota ke Forum Ekonomi Astana (AEF) Kelima di Astana, Kazakhstan.
Pada forum tiga hari itu, beliau akan bertemu Menteri Teknologi Baharu dan Industri Kazakhstan, Asset Isekeshev, bagi membincangkan kerjasama dua hala dalam pembangunan pelancongan.
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Presiden SapuraKencana Petroleum Bhd, Datuk Shahril Shamsuddin juga akan menghadiri forum berkenaan dengan tema
"Transformasi Ekonomi Global : Cabaran dan Perspektif Pembangunan".
"Transformasi Ekonomi Global : Cabaran dan Perspektif Pembangunan".
Forum itu akan menghimpunkan ahli ekonomi, pakar dan wakil penduduk bagi membincanagkan dan mencari penyelesaian isu sosioekonomi, perundangan dan budaya Kazakhstan serta pembangunan ekonomi dunia, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Forum itu juga akan merumus cadangan untuk pertumbuhan ekonomi dan kemampanan bagi Kerajaan Kazakhstan, kerajaan negara yang menghadiri forum serta negara Kumpulan 20 (G-20).
Tahun ini, AEF kelima, dijangka memberi gambaran mengenai isu ekonomi yang mendesak selain membolehkan peserta untuk berinteraksi dengan pemenang Hadiah Nobel dan meraih peluang perniagaan.
Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev akan merasmikan forum itu pada Rabu ini, yang akan dihadiri lebih 6,500 perwakilan dari 85 negara.
Antara mereka ialah bekas perdana menteri, Britain Tony Blair, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, jurutera dan arkitek Erno Rubik, pencipta kiub Rubik.
Forum Tenaga-Ekologi Global juga akan berlangsung sebagai acara sampingan sempena forum berkenaan. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment