My Add

Thursday 17 May 2012

Kad mendarat pelawat asing dimansuh

PUTRAJAYA, KHAMIS, 17 Mei, 2012: Setiap pelawat asing hanya perlu membawa pasport dan tidak lagi perlu mengisi borang untuk memasuki negara ini apabila penggunaan Kad Mendarat Imigresen (IMM.26) dimansuhkan mulai 1 Jun ini.

Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Mahmood Adam berkata penggunaan kad itu didapati tidak lagi sesuai pada masa ini kerana Jabatan Imigresen Malaysia telah memperkenalkan sistem merekod biometrik setiap pelawat asing melalui Sistem Penguatkuasaan dan Pendaftaran Nasional (NERS).

"Sistem NERS yang diperkenalkan pada 1 Jun 2011 berupaya merekod dan menyimpan data pelawat asing, dengan demikian ia telah memenuhi keperluan Kementerian Pelancongan untuk merekod data pelancong asing," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mahmood berkata keputusan yang dicapai melalui perbincangan antara Jabatan Imigresen, KDN dan Kementerian Pelancongan itu tidak akan menjejaskan keselamatan negara malahan ia berupaya membantu dan memudahcara proses ketibaan pelawat di Malaysia dan menyingkatkan waktu berurusan di pintu masuk negara.

Sehubungan itu orang ramai dipohon supaya merujuk terus ke Jabatan Imigresen melalui talian 1-800-22-6969 dan emel ke alamat pro@imi.gov.my jika terdapat sebarang kekeliruan dan pertanyaan, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment