My Add

Thursday 17 May 2012

Kapsul Soyuz, 3 angkasawan berlabuh di ISS

7ALMATY (Kazakhstan), KHAMIS, 17 Mei, 2012: Kapsul pesawat angkasa lepas Russia, Soyuz yang membawa tiga angkasawan berlabuh di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) awal pagi tadi (waktu tempatan). 

Pendaratan ke makmal orbit ISS menjadikan ia ketibaan pertama kapal kargo milik persendirian selepas pelepasan Soyuz dari tapak pelancaran Baikonur Cosmodrome dua hari lalu.

Susulan ketibaan di ISS, dua angkasawan Russia, Gennady Padalka dan Sergei Revin serta seorang angkasawan Amerika Syarikat, Joseph Acaba dijangka berada di angkasa lepas selama empat setengah bulan. - AP

No comments:

Post a Comment