My Add

Tuesday 8 May 2012

Kelulusan bantuan tanam semula siap sehari - Risda

KUALA LUMPUR, ISNIN, 07 Mei, 2012: Kira-kira 330,000 pekebun di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) hanya perlu berurusan selama sehari dengan agensi itu untuk mendapatkan kelulusan bayaran bantuan tanam semula melalui aplikasi Tanam Semula (TS) Online, berbanding 14 hari sebelum ini.

Ketua Pengarah Risda, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata, aplikasi itu memudahkan pekebun kecil memohon bantuan tanam semula tanpa perlu mengisi borang secara manual dengan lebih cepat, mudah dan boleh dibuat di mana-mana lokasi tanpa perlu hadir di pejabat RISDA.

"Di samping itu, sistem penyampaian Risda kepada pekebun kecil dapat ditingkatkan dan seterusnya mengurangkan penggunaan borang manual, menjimatkan masa serta meningkatkan kepuasan kumpulan sasar kita.

"Bagi pihak Risda pula, ia dapat meningkatkan keupayaan memproses permohonan bantuan tanam semula dengan lebih cekap, meningkatkan tahap keselamatan data, menjimatkan kos dan masa serta dapat menjana laporan untuk kegunaan pihak pengurusan dan kumpulan sasar," katanya semasa berucap merasmikan Learning Day Sistem TS Online Peringkat Ibu Pejabat Risda, di sini hari ini.M- UTUSAN

No comments:

Post a Comment