My Add

Tuesday 8 May 2012

Mana pergi wang Tabung Amanah?

PULAU PINANG, ISNIN, 07 Mei, 2012: Kerajaan DAP Pulau Pinang diminta menjelaskan ke mana pergi wang dalam Tabung Amanah Perumahan Bumiputera yang diperoleh menerusi caruman lima peratus diskaun harga rumah untuk golongan tersebut.

Naib Yang Dipertua 1 Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri, Fadzil Shuib berkata, mengikut syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri, sebanyak 70 peratus daripada diskaun harga rumah bumiputera perlu disalurkan ke dalam tabung berkenaan.

Menurutnya, sehingga kini, jumlah kutipan dalam tabung tersebut tidak dimaklumkan kepada umum dan kerajaan negeri perlu berbuat demikian kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.

"Saya difahamkan, daripada jumlah diskaun lima peratus harga rumah bumiputera, kerajaan negeri ambil 70 peratus.

"Jadi, wujud keperluan bagi kerajaan negeri untuk mendedahkan apa yang mereka lakukan dengan wang itu," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.m- UTUSAN

No comments:

Post a Comment