My Add

Friday 4 May 2012

Kerajaan perlu pantau pelan pemulihan MAS

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 03 Mei, 201: Kerajaan diminta memantau sepenuhnya pelan pemulihan Malaysian Airline System Bhd. (MAS), terutama yang membabitkan cadangan penjualan aset-aset syarikat penerbangan kebangsaan itu.

Bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, sebarang cadangan penjualan aset-aset dan perniagaan MAS perlu diteliti untuk memastikan 'kekuatan' syarikat tersebut tidak hilang begitu sahaja.

''MAS memiliki pakej yang lengkap sebagai sebuah syarikat penerbangan premium. Mempunyai kejuruteraan, kargo, pusat latihan dan sebagainya, tetapi kalau aset-aset itu dipertaruhkan bagi pemulihan MAS, apa yang tinggal nanti.

''Cukuplah Bangunan MAS sahaja yang dijual. Perlukah aset-aset dan perniagaan lain yang boleh dijadikan sandaran kepada MAS turut dijual?," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment