My Add

Friday 4 May 2012

10% kenderaan hibrid, EV 2020

*DUA orang model menunjukkan cara mengecas Nissan Leaf pada majlis memperkenalkan kenderaan elektrik itu di Kuala Lumpur, semalam.

Oleh fairus kassim dan Termizi Che Anuar
PETALING JAYA 3 Mei - Kenderaan elektrik (EV) dan hibrid di jalan raya dijangka mampu menguasai 10 peratus daripada jualan keseluruhan industri (TIV) pada 2020, walaupun permintaannya perlahan ketika ini.

Walaupun insentif cukai untuk kenderaan hibrid dan EV telah dilanjutkan sehingga Disember 2013, namun jualannya masih kurang memberangsangkan berbanding di negara lain.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, lebih 80,000 buah EV dan tiga bilion buah kereta hibrid telah terjual di pasaran global.

"Di Malaysia hanya 8,000 buah kenderaan hibrid terjual setakat ini dan 21 buah EV berada di jalan raya untuk program uji pandu. Daripada 21 buah EV tersebut, 10 buah adalah Nissan Leaf, dua Mitsubishi Miev dan sembilan Proton." katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment