My Add

Saturday, 19 May 2012

Konvoi Kembara Bumi Suci 2 masuki Kazakhstan

YINING, China, JUMAAT, 18 Mei, 2012: Seperti yang dirancang, para peserta DRB-Hicom Kembara Bumi Suci 2 (KBS2) memasuki Kazakhstan kelmarin.

Sepanjang perjalanan ke bandar sempadan ini dari Nalati, peserta menemui ramai penduduk beragama Islam keturunan Kazakhs.

Kebanyakan mereka menyara hidup dengan bertani dan menternak lembu, kuda dan biri-biri.

Perjalanan sejauh 245 kilometer (km) Jumaat lalu sangat lancar dengan keadaan jalan raya yang baik.

Konvoi turut melalui beberapa kampung kecil. Turut kelihatan masjid dan surau di sepanjang perjalanan dalam cuaca sangat memuaskan.

Ketua ekspedisi, Azman Baharuddin berkata, Selasa lalu mereka menuju ke sempadan seawal pukul 7 pagi bagi mengelakkan kesesakan.

"Kami perlu awal ke Almaty sejauh 410km kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku di pintu sempadan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

No comments:

Post a Comment