My Add

Saturday 19 May 2012

Polis kenal pasti kumpulan rancang diri gerai tosai

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 18 Mei, 2012: Polis mengenal pasti kumpulan merancang mendirikan gerai tosai di hadapan rumah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar di Taman Bukit Teratai, Ampang, Ahad ini, adalah antara dalang pada perhimpunan Bersih 3.0, baru-baru ini.

Sumber memberitahu, kumpulan yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu juga menjadi orang penting ketika perhimpunan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Dataran Merdeka, bulan lalu.

Selain angkatan Warga Aman Malaysia (Aman), NGO yang akan menjadi penggerak utama rancangan itu, adalah Majlis Kelab Belia India Malaysia (MIYC), Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas), ahli jawatankuasa National Interlok Action Team (Niat) serta Gabungan Majlis Belia India. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment