My Add

Tuesday 15 May 2012

Nama Noramfaizul diabadikan di Memorial Wartawan AS

KUALA LUMPUR, ISNIN, 14 Mei, 2012: Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor, jurukamera televisyen Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) yang terbunuh semasa bertugas di Somalia tahun lepas menjadi wartawan Malaysia pertama diberi penghormatan oleh sebuah muzium khusus untuk wartawan di Amerika Syarikat.

Nama Noramfaizul diukir pada arca kaca di memorial itu di dalam bangunan Newseum iaitu muzium yang dikhususkan untuk wartawan dan berita, terletak di Pennsylvania Avenue berhampiran bangunan Kongres Amerika Syarikat di Capitol Hill.

Nama Allahyarham juga boleh diakses di laman web muzium itu http://www.newseum.org.

Nama Noramfaizul diabadikan sebaris dengan 69 lagi petugas media dari seluruh dunia yang terkorban atau terbunuh semasa sedang berkhidmat atau menjalankan tugas liputan berita sepanjang tahun 2011. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment