My Add

Thursday 17 May 2012

Lebih 50,000 meriahkan festival

*SEBAHAGIAN daripada guru dari seluruh negara yang turut memeriahkan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-41 di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, semalam.

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
KUALA KANGSAR, RABU, 16 Mei, 2012: Lebih 50,000 pengunjung termasuk warga pendidik memeriahkan Festival Hari Guru 2012 anjuran Kumpulan Utusan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford sejak Sabtu lalu.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali berkata, pihaknya amat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh masyarakat di sini dalam menghadiri pelbagai acara yang dianjurkan termasuk mini konsert, ceramah agama dan wayang pacak.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran, kerajaan negeri, Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan SMK Clifford sendiri yang banyak memberikan kerjasama dalam menjayakan festival ini.

Festival Hari Guru 2012 yang berakhir hari ini di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford terus mendapat sambutan orang ramai yang tidak melepaskan peluang berkunjung ke tapak gerai jualan.

Seorang penyelia Bahasa Inggeris dari Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Mahizum Omar, 46, yang membeli pelbagai jenis buku sulaman dan novel dari gerai Kumpulan Utusan, berhasrat mengagihkannya kepada rakan-rakan sepejabat.

"Hari ini, kami bawa balik sekotak buku nota dari gerai Portal Pendidikan Utusan (ADaP). Bukan senang hendak dapat barang-barang cenderamata sebegini dari Kumpulan Utusan.

"Buku-buku di sini pula sememangnya dijual murah kerana terdapat potongan harga terutamanya novel-novel," katanya kepada Utusan Malaysia sambil ditemani rakannya, Syuhaida Mahamud, 36. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment