My Add

Tuesday 8 May 2012

Tambahan dana RM31j untuk program Tukar

KUALA LUMPUR, ISNIN, 07 Mei, 2012: Kerajaan menyediakan peruntukan RM31 juta kepada koperasi yang dipilih Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) bagi menjayakan program Transformasi Kedai Runcit (Tukar).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, dana itu merupakan tambahan kepada peruntukan RM50 juta yang disalurkan untuk program tersebut menerusi Bank Rakyat.

Daripada jumlah itu (RM31 juta), RM8 juta diperuntukkan kepada Koperasi Suria Malaysia Berhad bagi membantu kaum India manakala RM8 juta disediakan untuk kaum Cina, dengan separuh daripadanya disalurkan melalui Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (Kojadi).

Sejumlah RM10 juta diperuntukkan kepada koperasi yang mewakili kaum Melayu dan bakinya untuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak (masing-masing RM2.5 juta).

"RM31 juta ini diberikan secara langsung kepada koperasi-koperasi yang dilantik Pemandu. Ini bermakna sekiranya mereka bukan melalui koperasi, mereka akan terus berurusan dengan Bank Rakyat," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Transformasi Untuk Kedai Tukar di sini semalam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment