My Add

Thursday 10 May 2012

Majlis Peguam gagal bertindak adil - Khairul

KUALA LUMPUR, RABU, 09 Mei, 2012: Seorang lagi Ahli Majlis Peguam hari ini mengecam badan itu dengan menegaskan bahawa pertubuhan profesional tersebut gagal bertindak adil di dalam isu perhimpunan Bersih 3.0 selain didakwa menjadi dalang sehingga para peserta perhimpunan berani melanggar undang-undang.

Peguam berkenaan, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, atas dua faktor tersebut badan itu dilihat telah memberi mesej salah kepada rakyat.

Beliau berkata, sebagai sebuah pertubuhan profesional dan amat arif mengenai sistem perundangan negara, Majlis Peguam tidak sepatutnya berpihak kepada peserta Bersih 3.0 semata-mata sedangkan berlaku perlanggaran undang-undang oleh kumpulan tersebut.

"Ini yang saya katakan Majlis Peguam memberi mesej yang salah kepada rakyat. Majlis Peguam sepatutnya menasihatkan peserta-peserta Bersih 3.0 mematuhi undang-undang, lebih-lebih lagi Mahkamah Majistret telah pun keluarkan injunksi melarang mereka memasuki Dataran Merdeka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment