My Add

Saturday 26 May 2012

Malaysia bakal jalin kerjasama koperasi dengan 5 negara ASEAN

KUALA LUMPUR, SABTU, 26 Mei, 2012: Malaysia akan menjalin kerjasama dengan lima negara ASEAN membabitkan sektor koperasi dalam bidang pertanian, penternakan dan pelancongan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerjasama dengan Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand dan Vietnam itu adalah permulaan ke arah memperluaskan bidang koperasi negara ke peringkat antarabangsa.

"Buat masa ini kerjasama yang bakal dimeterai dalam bentuk memorandum persefahaman ini masih pada peringkat bertukar-tukar draf untuk diteliti oleh negara ASEAN lain.

"Namun secara dasarnya semua menteri koperasi dari negara ASEAN menyambut baik saranan kita untuk mengadakan jalinan ini," katanya selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) ke-28 hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment