My Add

Saturday 26 May 2012

Pengiktirafan hampir RM12b kepada belia

PUTRAJAYA, SABTU, 26 Mei, 2012: Pelbagai pengiktirafan yang diberikan kerajaan kepada golongan belia selama ini adalah untuk membolehkan golongan tersebut menikmati masa depan yang lebih cerah.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antara bentuk pengiktirafan adalah peruntukan hampir RM12 bilion setahun untuk memastikan golongan itu dapat melanjutkan pengajian di peringkat tinggi.

Katanya, biarpun kerajaan tidak memberikan pendidikan percuma secara sepenuhnya tetapi penubuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah untuk kemudahan pelajar.

"Kerajaan sebenarnya juga telah memberikan subsidi yang tinggi kepada pelajar berdasarkan kemampuan negara untuk mengimbangi perbelanjaan pembangunan sektor lain.

"Buat masa ini, Malaysia belum lagi muncul sebagai negara berpendapatan tinggi seperti Finland dan Denmark yang memberikan pendidikan percuma kepada pelajar di peringkat pengajian tinggi," katanya selepas merasmikan Program 1 Belia 1 Kemahiran dan Rakan 4Biz sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment