My Add

Saturday 26 May 2012

MRT Corp. beri prakelayakan kepada 31 firma untuk 5 tender

KUALA LUMPUR, SABTU, 26 Mei, 2012: MRT Corp. hari ini mengumumkan 31 syarikat telah diberi prakelayakan untuk membida bagi lima pakej kerja-kerja sistem bagi projek Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) yang menghubungkan Sungai Buloh dan Kajang.

"Sebanyak 76 syarikat mengambil bahagian dalam aktiviti prakelayakan antara 9 Januari dan 12 Mac 2012," kata Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp., Datuk Azhar Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Tender-tender itu yang dibuka minggu ini, bernilai RM791 juta.

Bagi sistem telekomunikasi atau pakej S07, lapan syarikat yang diberi prakelayakan ialah Indra Technology Solutions Malaysia Sdn Bhd; Samsung SDS Co Ltd; Apex Communications Sdn Bhd - LG CNS Consortium; CMCE - Thales Consortium (CTC); EVD - REI JV; Mitsubishi Heavy Industries, Ltd; Alcatel-Lucent Malaysia Sdn Bhd & Mitsui & Co. Plant Systems Ltd; dan Siemens AG and Siemens Malaysia Sdn Bhd.

Bagi Skop Sistem Kawalan Penyeliaan dan Pemerolehan Data (SCADA), empat syarikat terbabit, iaitu AFS Engineering (M) Sdn Bhd - ST Electronics JV; CTC; Mitsubishi Heavy Industries Ltd; dan Apex Communications Sdn Bhd-Beijing Hollysys Ltd Consortium.

Bagi Sistem Kutipan Tambang Automatik (AFC) atau pakej S09, syarikat yang diberi prakelayakan adalah Mitsubishi Heavy Industries, Ltd; Indra Tech Solutions Malaysia Sdn Bhd - Hopetech Sdn Bhd; Samsung SDS Co. Ltd; Sapura - Thales Consortium (STC); Heitech Padu Bhd; dan Affiliated Computer Services Solutions France SAS. MRT Corp berkata enam syarikat diberi prakelayakan bagi pakej S10 atau Sistem Kawalan Akses Elektronik, iaitu Indra Technology Solutions Malaysia Sdn Bhd; KUB Telekomunikasi Sdn Bhd; PERNEC Corporation Bhd; Honeywell Engineering Sdn Bhd; Apex Communications Sdn Bhd; Johnson Controls (M) Sdn Bhd; dan Heitech Padu Bhd.

Bagi pakej S11 atau Building Management System (BMS), MRT Corp mengumumkan empat syarikat iaitu Metronic Engineering Sdn Bhd; KUB Telekomunikasi Sdn Bhd; PERNEC Corp Bhd; Honeywell Engineering Sdn Bhd; Apex Communications Sdn Bhd - Johnson Controls (M) Sdn Bhd; dan Heitech Padu.

MRT Corp telah memaklumkan semua syarikat berjaya menerusi surat rasmi.

Semua tender akan ditutup pada 23 Julai 2012 kecuali sistem telekomunikasi dan AFC yang akan ditutup pada 6 Ogos 2012. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment