My Add

Tuesday 8 May 2012

Umur bersara Kemas 60 tahun

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
KOTA MARUDU, ISNIN, 07 Mei, 2012: Kerajaan pada dasarnya bersetuju dengan saranan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya umur persaraan wajib kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dilanjutkan kepada 60 tahun berbanding 58 tahun pada masa ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, perkara itu telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tindakan lanjut.

"Pihak kementerian sudah mengemukakan rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan kita tunggu apa yang diputuskan untuk mereka meneruskan perkhidmatan lanjutan," katanya.

Mohd. Shafie berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis program mesra rakyat bersama beliau di Dewan Masyarakat Kota Marudu, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment