My Add

Tuesday, 1 May 2012

'Mereka tendang belakang saya, baling dengan pelbagai objek'

*MOHD.. Fairuz Zulkifli menunjukkan kesan luka
  
akibat dipukul perusuh Bersih 3.0 pada Sabtu lepas 
KUALA LUMPUR, isnin, 30 April, 2012: Seorang anggota polis trafik yang dibelasah oleh perusuh perhimpunan Bersih 3.0 kelmarin kecewa dengan sikap ganas penyerangnya dan menganggap mereka sebagai manusia tidak berhati perut.

Lebih menyedihkan, Lans Koperal Mohd. Fairuz Zulkifli, 26, mendakwa kebanyakan penyerangnya itu orang Melayu berdasarkan maki-hamun yang dilempar semasa dia dibelasah.

"Mereka sangat liar kerana beberapa kali cuba merampas pistol saya dengan merentap dari pinggang.

"Sebagai anggota polis, saya
rasasangat hina diperlakukan seperti itu, agaknya mereka hendak lihat negara ini diserang komunis baru minta bantuan polis," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment