KUALA LUMPUR, ISNIN, 30 April, 2012: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dicabar untuk segera membawa peserta perhimpunan haram Bersih 3.0 ke muka pengadilan ekoran tindakan ganas mereka terhadap anggota keselamatan.
Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Aripberkata, cabaran itu dibuat kerana tidak banyak pertuduhan yang dibuat Abdul Gani terhadap mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram itu sebelum ini berbanding jumlah mereka yang menyertainya.
Tambahnya, Abdul Gani juga perlu membuat pendakwaan terhadap kes-kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk berhubung laporan palsu Ketua Pembangkang itu kononnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) terlibat dalam penyebaran video seks yang dikaitkan dengannya.
"Sejak Abdul Gani mengetuai Jabatan Peguam Negara, saya secara peribadi beranggapan jabatan itu seakan-akan kehilangan taring. Lihat saja dalam isu Bersih 2.0, berapa ramai yang benar-benar didakwa sehingga mampu memberi pengajaran berguna kepada masyarakat?" tanya beliau. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment