My Add

Saturday 26 May 2012

Peruntukan NGO berkaitan HIV/AIDS tak pernah dipotong

KUALA LUMPUR, SABTU, 26 Mei, 2012: Kementerian Kesihatan tidak pernah mengurang atau memotong jumlah peruntukan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini yang terlibat dalam program berkaitan HIV/AIDS seperti yang didakwa.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman berkata, apa yang berlaku ialah kementerian terpaksa menyekat peruntukan kepada NGO yang gagal mengemukakan laporan tahunan kepada pihaknya.

"Kita tidak pernah memotong bantuan kepada mana-mana NGO, mereka perlu faham bahawa ini adalah dana awam dan kita tidak boleh beri sesuka hati jika tiada laporan tahunan yang lengkap," katanya selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-11 Majlis Aids Malaysia (MAC) hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment