My Add

Saturday 26 May 2012

Muzakarah Pas-UMNO temui titik noktah

KOTA BHARU, JUMAAT, 25 Mei, 2012: 'Drama' muzakarah yang ditimbulkan oleh Pas akhirnya tiba di penghujungnya apabila Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menarik balik cadangannya untuk bermuzakarah dengan UMNO.

Beliau yang ditemui selepas menyampaikan kuliah mingguannya di sini memberi alasan bahawa ia perlu ditarik balik kerana ia bertentangan dengan keputusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, beliau harus mengikut pendirian Abdul Hadi serta isu itu tidak harus dipanjangkan lagi.

"Muzakarah Datuk Presiden sudah tarik, tidak mahu kerana terlalu banyak manipulasi, dia hendak muzakarah dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sahaja, jadi saya pun terpaksa tariklah," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment