My Add

Saturday 26 May 2012

Bayaran pampasan Perkeso meningkat

KUANTAN, JUMAAT, 25 Mei, 2012: Kementerian Sumber Manusia bimbang terhadap peningkatan jumlah kemalangan di tempat kerja yang turut mengakibatkan pembayaran pampasan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bertambah sehingga mencecah RM1.8 bilion pada tahun lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Maznah Mazlan berkata, peningkatan jumlah kemalangan itu ketara dengan statistik menunjukkan sebanyak 59,897 kes berlaku pada tahun lalu berbanding 57,639 kes pada 2010.

"Daripada jumlah itu seramai 1,254 orang maut, 16,019 hilang upaya kekal dan 58,643 orang hilang upaya sementara dengan kebanyakannya membabitkan pekerja yang berusia 40 tahun ke bawah.

"Kajian mendapati kemalangan tertinggi berlaku ketika pekerja berulang-alik ke tempat kerja berbanding kemalangan industri atau di tempat kerja," katanya kepada Utusan Malaysia selepas menutup Seminar Kedua Ke Arah Pembangunan dan Kelestarian Budaya Keselamatan Pekerja di Malaysia di Universiti Malaysia Pahang (UMP) semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment