My Add

Tuesday 8 May 2012

Nik Aziz pertikai keputusan Jawatankuasa Fatwa

KOTA BHARU, ISNIN, 07 Mei, 2012: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hanya menggunakan sebelah mata apabila mengaitkan perhimpunan Bersih 3.0 dengan huru-hara dan umat Islam haram menyertainya.

Nik Abdul Aziz secara sinis berkata, mata yang digunakan oleh jawatankuasa fatwa itu pula adalah kabur dengan cermin mata yang telah rosak.

Katanya, beliau bersetuju perhimpunan yang bertujuan untuk mencetuskan huru-hara dan merosakkan harta benda adalah haram, tetapi bukan Bersih 3.0.

Beliau turut menyifatkan jawatankuasa berkenaan membuat keputusan hanya berdasarkan laporan akhbar prokerajaan, tanpa mendapat penjelasan daripada penganjur Bersih 3.0.

“Saya menghormati ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dengan setinggi-tinggi penghormatan, namun dalam hal ini saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ini (Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin).

“Tidakkah disedari bahawa himpunan Bersih 3.0 bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara? Himpunan ini menggariskan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihan raya bukannya mencetuskan huru-hara,"katanya dalam kenyataan melalui Facebook beliau hari ini. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment