My Add

Tuesday 8 May 2012

90 peratus jururawat telah diisi

KUALA LUMPUR, ISNIN, 07 Mei, 2012: Kementerian Kesihatan yakin dapat mencapai sasaran nisbah seorang jururawat dengan 200 pesakit lebih awal daripada jangkaan 2015.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata, pada masa ini nisbah jururawat dengan pesakit ialah 1:347 iaitu melebihi sasaran untuk tahun ini iaitu 1:375.

''Kita yakin dapat mencapai sasaran itu mengikut anggaran sebenar tetapi kita juga perlu melihat keperluan jururawat di negara ini berdasarkan pertambahan fasiliti kesihatan negara," katanya selepas menutup Kem Kesihatan sempena Hari Jururawat Antarabangsa di Sekolah Kebangsaan Seksyen 6, Kota Damansara, dekat sini semalam.

Menurut beliau, pengisian perjawatan jururawat telah mencapai lebih daripada 90 peratus dan ia merupakan pengisian yang terbanyak di kementerian terlibat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment