My Add

Saturday 12 May 2012

Pas, DAP tidak boleh bekerjasama - Zulkifli Noordin

KUANTAN, JUMAAT, 11 Mei, 2012: Pas dan DAP tidak akan boleh bekerjasama antara satu sama lain kerana umum telah mengetahui dua parti politik itu berada dalam satu pakatan songsang dan luar tabii.

Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, perbezaan pendapat antara pemimpin kedua-dua parti itu sering kali berlaku terutama dalam hal yang melibatkan isu agama Islam.

"Sudah-sudahlah Pas bersama DAP dan pakatan pembangkang. Berpecahlah kerana mereka tidak akan boleh untuk bekerjasama antara satu sama lain.

"Lebih baik Pas bergerak sendiri seperti sewaktu ketika dahulu," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi pendengaran awam mengenai projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di sini hari ini.

Akhbar kelmarin melaporkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai berkata, jika pakatan pembangkang memerintah negara, hukum hudud hanya akan dilaksanakan apabila masalah pengangguran dan kemiskinan diselesaikan, serta penetapan gaji minimum dibuat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment