My Add

Saturday 12 May 2012

Projek RM600 juta tanpa tender

Oleh MD. AZRIN ROSLY
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 11 Mei, 2012: Pemuda Gerakan Kedah hari ini menyerahkan memorandum meminta penjelasan berhubung pemberian dua projek berjumlah RM600 juta oleh Kerajaan Pas Kedah tanpa tender terbuka kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketuanya, Tan Keng Liang berkata, pihaknya hairan bagaimana perkara itu boleh berlaku sedangkan dalam Buku Jingga pakatan pembangkang telah berjanji akan melaksanakan tender terbuka bagi semua projek yang dijalankan di negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka.

"Rakyat Kedah ingin mengetahui apakah polisi sebenar pakatan pembangkang? Adakah hanya janji-janji kosong di Buku Jingga yang mana dua projek ini tidak dibuat melalui tender terbuka.

"Adakah Buku Jingga hanya retorik untuk meraih undi daripada rakyat. Kita mahu Anwar memberi penjelasan sebagai Ketua Pembangkang mengenai perkara ini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment