My Add

Sunday 20 May 2012

Pecah rekod kemasukan pelancong asing

KUALA LUMPUR, SABTU 19 Mei, 2012: Kementerian Pelancongan menyasarkan jumlah kemasukan pelancong asing ke Malaysia pada tahun ini mampu memecah rekod yang dicatatkan tahun lalu.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, pada tahun lalu, jumlah kemasukan tersebut mencatat rekod membanggakan bagi industri pelancongan negara iaitu seramai 24.6 juta orang.

"Ia satu rekod bagi kita. Industri pelancongan kita cukup besar. Kita ada banyak pulau menarik seperti Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Tioman dan sebagainya. Justeru, kita berharap jumlah kemasukan pelancong asing dapat ditingkatkan tahun ini.

"Untuk itu kita perlukan sokongan semua bagi menjadikan Malaysia destinasi utama pelancongan dunia," katanya ketika berucap melancarkan Citrawarna 1Malaysia 2012 di Dataran Merdeka, di sini malam ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment