My Add

Tuesday 1 May 2012

Video di Internet papar Anwar beri isyarat mulakan rempuhan

GAMBAR klip video Azmin dan Anwar memberi arahan kepada perusuh untuk merobohkan pagar halangan di Dataran Merdeka.
*GAMBAR klip video Azmin dan Anwar memberi arahan kepada perusuh untuk merobohkan pagar halangan di Dataran Merdeka.

KUALA LUMPUR, ISNIN, 30 April, 2012: - Rakaman video yang didakwa menunjukkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memulakan kekecohan semasa perhimpunan haram Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, Sabtu lalu tersebar di Internet.

Rakaman video itu dipaparkan menerusi beberapa laman blog termasuk gelombang-rakyat.blogspot.com; stopthelies.my, apakecoh2.blogspot.com danmedantempurkedah.blogspot.com.

Rakaman video itu juga boleh disaksikan menerusi laman video YouTube dihttp://www.youtube.com/watch?v>JwmMxmaDQqQ.

Menerusi video itu, Anwar kelihatan memberi isyarat tangan kepada Azmin semasa peserta demonstrasi tersebut berhimpun berhampiran penghadang besi di kawasan Dataran Merdeka.

Sebaik sahaja menerima isyarat itu, Azmin menyatakan sesuatu kepada seorang lelaki di sebelahnya dan kemudian lelaki tersebut bertindak membuka dan menjatuhkan salah satu barisan penghadang berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment