My Add

Tuesday 15 May 2012

Pekerja Indonesia akui Malaysia paling selamat

PULAU PINANG, ISNIN, 14 Mei, 2012: Rata-rata warga Indonesia yang merantau ke Malaysia khususnya yang bekerja di negeri ini menyangkal dakwaan Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez berhubung layanan kejam yang diberikan kepada rakyat republik itu.

Sebaliknya, ramai yang mengatakan mereka lebih selesa tinggal di Malaysia dan melahirkan rasa puas hati dengan layanan serta cara hidup masyarakat di sini.

Pekerja kilang, Ida Royani Romelan, 25, berkata, dia merasakan Malaysia adalah lokasi yang paling selamat dan strategik untuknya mencari rezeki.

"Malaysia adalah lubuk mencari rezeki yang halal dan saya lebih selesa tinggal di sini berbanding negara lain.

"Ini kerana semua rakyatnya sering bekerjasama tanpa mengira asal dan keturunan. Disebabkan itu juga saya mengambil peluang untuk tinggal dan bekerja di Pulau Pinang sudah hampir lima tahun," katanya yang berasal dari Jawa Tengah, Indonesia ketika ditemuiUtusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment